Wednesday, February 13, 2013

teRsentuh haTi

ya allah
aku bersyukur dgn segala kurniaan dan pemberian dari-mu ya allah
andai aku leka dan alpa engkau kejutkan lah aku dari terus leka dan alpa dgn setiap pemberian dari-mu

ya allah
engkau lindungilah hamba2mu
engkau murahkan lah rezeki hamba-mu
cekalkan hati hamba2mu dlm menempuhi hari2 mendatang
hanya pada mu tempat hamba2mu meinta
dan hanya engkau yang dapat membantu hamba2mu
amin yarabbal alamin

aku tak tau mcm mna nak memulakan cerita ni...tatkala aku melihat aku rasa tersentuh hati.sayu.. dalam pada masa yang sama aku bersyukur dgn kehidupan aku skrg. wlaupun hidup aku tak mewah. tp aku masih beruntung. sbb kadang2 kita tak nmpk ada yg lebih ssh dari kita. aku tulis ni jiwa dan emosi aku bercampur baur. aku cuba menahan diri dari menitiskan air mata.

kisah semalam.................. aku g shopping complex (aku rahsiakan tempat sbb aku tak nak org fkr aku aibkan org.aku cuma nak share jer)tp park dekat luar. maka depan aku nie ada tukang kasut (mcm selalu yg ada di kaki lima) tiba2 mata aku terpandang dua org budak lingkungan 9 dan 7 thn... seronok jer aku tgk dua beradik nie bersama. bila pintu terbukak diorg pun jengah... menyapa org yg kluar mgkin dgn harapan diorg nak berckp. jns yg friendly. biasalah bdk2 mana reti duduk diam. tp aku rasa dua beradik nie tak nakal yg jns mak apak kna ikut ckp die.noooooooooo. dua beradik nie jns nakal biasa2. so lps tgk dlm 10 15 minit aku pun kluar g msuk shopping complex. bila aku kluar ada lagi dtukang kasut dgn ank2 die nie

aku tak tau apa yg menyebabkan aku nak tau selanjutnyer....stengah jam jugak lah aku duduk dlm kereta utk melihat aksi  dan gelagat dua beradik nie. ya allah aku rasa kesian sgt tgk dua beradik nie. sbb nak die ikut ayah die duduk kat kaki lima. teman ayah die mencari rezeki. sedangkan umur2 mereka nie sedang seronok bermain dgn kawan2,apatah lg tgh cuti sekolah.aku tak nmpk muka dua beradik nie tension segan atau bosan, diorg seronok jer... tahniah utk parent dua beradik nie sbb pndai mengatur dn mendidik anak mereka wlaupun tak semewah org lain...

so aku tgk lahhh org yg kluar dr ofis.tb2 sorng lelaki muda umur dlm lingkungan 30an dgn friendly menyapa dua beradik nie...pastu die ajak dua beradik nie...aku tak sure die ajak g mana. so aku still duduk dlm kreta utk tgk...mula2 adik die dah pegi ikut that guy...yg si abg nie mcm nak ikut tp takut kna mrh. tp mamat nie beria mengajak. so berlari 2 beradik nie mngikut mamat ni. si ayah dua beradik ni pggl jugak. tp tak dihiraukan oleh si anak.biasalah bdk2 kan... so aftr 5 10 minit dua beradik ni balik dahhh..berlari2 die. dgn gembiraaaaaanyaaaaaaa die dpt aiskrim.sorng 1.ya allah mulia hati mamat ni.alhamdulillah msh ada manusia yg tak kedekut...lps die dpt aiskrim tu aku tgk si ayah seperti memarahi si anak. aku dgr si ayah ckp jgn ikut org sembarangan... etc..aku tak dgr sgt yg lelain..

si adik dh kat dpn ikut mamat tuuu
si abg kndiyan
subhanallahhhhh
terharu rasa masa nieeee

si ayah melihat anak2 dr kejauhan
aku bersyukur sbb mak ayah aku bg rezki yg cukup pd aku

dlm masa menunggu si anak
si bapa mengemas
nak blk

korang tgk kegirangan anak2 ni bila dpt ais krim
ya allah engkau lindungilah anak2 ini
berilah jln yg lurus pd mereka agar mereka berjaya dlm kehidupan
sekaligus membalas jasa kedua org tua mereka
*hati aku sebak melihat anak2 ni berlari kegirangan slps mndpt aiskrim*

betapa seleranya mereka tatkala dpt mkn ais krim
terima kasih ya allah

bersungguh mereka mkn.
seronok tgk bdk2 ni gembira
semoga kamu menjadi anak yg soleh didunia dan akhirat

comellll jer tgk dua beradik nie
tatkala bdk sebaya mereka seronok pegang tab...ipad mcm2 lg.
mereka hanya duduk di kaki lima menemani ayah mereka mencari rezeki

semoga anak2 ini yg bakal memerintah negara


keakraban dua beradik ini
semoga hbgn kamu adik beradik tak kan putus wlaupun apa jua dugaan
sama2 lah kita bersyukur setiap apa g kita ada
tak semua org dpt apa yg kita ada
terima kasih ya allah kerana engkau memberi aku ibu bapa yg terbaik bg diri aku
lindungilah ibu bapa ku
pjgknlah umur mereka agar dpt melihat kejayaan anakmu
agar anakmu ini dpt membalas jasa penat lelah meraka membesrkan aku
ampunilah dosa2 ku terhadap ibu bapa ku
ampunilah dosa2 ibu bapa ku
berilah yg terbaik kpd mereka
aminnnn



No comments:

Post a Comment